Selasa, 25 Ogos 2009

WARKAH BUAT SAHABAT YANG DINANTI

Assalamualaikum dan salam cinta buat sahabatku yang dinanti.

Sahabat,

Sejak dulu, aku merinduimu sahabat. Ya, aku sangat merinduimu! Aku merinduimu kerana aku mahu akan ada seseorang bersamaku untuk menempuh onak duri kehidupan ini. untuk menggapai tanganku daripada terjatuh ke gaung kebinasaan. sahabat, aku hanyalah seorang insan biasa yang takut untuk melangkah ke hari hadapan. Aku takut suasana pada hari ini akan mempengaruhiku pada masa yang mendatang. Andai dirimu berada disisiku, aku pasti dirimu akan menegur tingkahku yang gelap itu.

Sahabat yang dikasihi,

Pada hari ini, aku mempunyai ramai kawan. Mengikut firasatku tingkah mereka tidak sama dengan tingkahmu. Bagiku,tingkahmu adalah tingkah seorang muslimah sejati. Bicaramu adalah bicara kematian. Pandanganmu adalah pandangan redup. Senyumanmu adalah senyuman menambat kalbuku. Namun,tingkah mereka hanyalah tingkah wanita kini. Bicara mereka hanyalah bicara cinta duniawi. Senyuman mereka hanyalah senyuman plastik.

Sahabat, mengapakah begitu susah untukku menemui sahabat seperti dirimu walaupun dirimu hanyalah khayalanku? Sahabat yang mempunyai fikrah yang sama denganku. Sahabat yang akan bersamaku bersuara apabila hak dijatuhkan batil dinaikkan. Kini yang ku ada hanyalah kawan kawan yang tidak sefikrah denganku. yang tiada cita – cita sepertiku. Yang tidak pernah menyokongku. Mereka hanya boleh dijadikan kawan ketika senang dan gelak ketawa sahaja. Hanya itu!

Datanglah sahabat kepadaku. Aku terlalu menanti kedatanganmu. Kedatanganmu amat kunanti – nantikan sejak dulu, sejak ku mengerti frasa sahabat yang mencintaimu adalah sahabat yang sering membetulkan dirimu.

Sahabat, hadirkanlah dirimu dalam kehidupanku. Andai dirimu telah berada disisimu akan ku ucap ahlan wasahlan, ya sohibati yang ku nanti – nantikan.

sambutlam salam setanggi cinta,


yang menantimu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Click to view my Personality Profile page

helaian yang dilihat

jalan-jalan dari