Selasa, 1 Disember 2009

coretan

Assalamualaikum dan salam ceria,

Alhamdulillah, pada hari ini telah hampir 3 minggu saya bercuti. Hati ini berasa sungguh gembira tatkala berada di samping keluarga tercinta.

Cuti semester kali ini sungguh berlainan dengan cuti cuti semester yang lepas. Pada cuti – cuti yang lepas, saya membantu ibu dan abah di rumah, belajar memasak dan menjadi ‘cikgu’ pada adik-adik.

Tetapi cuti pada kali ini , ayah saya telah mencadangkan kepada saya agar saya bekerja di syarikatnya. Walaupun sebenarnya, berat hati saya untuk bekerja kerana saya berasa diri saya ini masih ‘kecil’ dan tidak tahu apa- apa berkenaan syarikat abah saya. Apatah lagi tugas saya di sana tidak ada kena mengena dengan kursus yang saya ikuti di universiti. Tetapi, ibu dan abah telah meyakinkan saya dan abah saya juga mahukan saya mengetahui selok belok perniagaan di syarikat tersebut walaupun tidaklah secara mendalam. Akhirnya, saya bersetuju.

Di saat saya mula bekerja dan sehingga kini, saya berasa sungguh gembira kerana dengan bekerja saya mendapat banyak impak yang positif seperti dapat mematangkan fikiran, dapat lebih mengenali dunia pekerjaan dan cabarannya.

Rasanya, setakat ini sahaja coretan saya pada kali ini. Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

helaian yang dilihat

jalan-jalan dari