Selasa, 17 November 2009

SUARA SAYA : BUKAN UNTUK MEMBURUKKAN SESIAPA

Assalamualaikum

Hari ini saya sedikit ingin berbicara mengenai urusan perpindahan asrama di UDM.

Sebentar tadi, saya telah pergi ke pejabat asrama udm untuk membuat permohonan penukaran bilik ke blok yang lain. Namun, saya hampa kerana jawapan yang diberi seperti acuh dan tidak acuh dan memerlukan saya untuk membuat surat permohanan perpindahan asrama. Sedangkan pada bulan lepas, saya telah pergi ke pajabat asrama dan kerani di situ tidak pula mengatakan bahawa saya perlu membuat permohonan melalui surat. Memang susah untuk berpindah asrama secara halal.

Bagi saya, perpindahan asrama secara ‘ suka sama suka’ atau secara haram literalnya semakin berleluasa di UDM dan salah satu faktornya adalah prosedur penukaran bilik sememangnya senang menjadi terlalu sukar gara- gara ???

Jadi, bagi saya, pentadbir pejabat asrama baru usahlah terkejut atau marah dengan segelintir mahasiswa yang menukar bilik atau blok secara haram. Sebenarnya, mereka ini ingin melakukannya secara halal tetapi melihatkan kondisi segelintir mahasiswa yang ingin bertukar bilik secara halal begitu sukar. Nah, Inilah impaknya! Seharusnya, mengertilah masalah yang dihadapi mahasiswa in iyang menyebabkan mereka ingin berpindah dan bukannya mereka suka-suka untuk berpindah.

Tetapi saya harus akui bahawa, pentadibir asrama baru baik – baik dan mengambil berat terhadap masalah mahasiswa ( berkenaan asrama) tetapi kerani – keraninya mungkin sebaliknya.mereka acuh atau tidak acuh untuk membantu.

Terakhir kalinya, saya memohon maaf andai tulisan ini begitu membuatkan orang tidak senang duduk. Tetapi inilah yang berlaku. Mungkin, pihak pentadbir asrama ada jawapannya terhadap punca permasalahan ini tetapi inilah suara saya sebagai seorang mahasiswa.



2 ulasan:

  1. salam elaik.
    tak susah pun. ape2 jue yang anda ingin lakukan, just tulis surat je. anything...just on paper and then always follow up.thats all...
    klu da kuar udm, da keje nnt baru faham...

    apepun,chaiyouk n gud luck.
    salam eid adha

    BalasPadam
  2. salam and tq bagi komentar

    memang x susah untuk tulis surat. tapi, saya dah pergi kat peabat asrama dan sudah bersemuka dengan pentadbir asrama. then, beliau x suruh saya tulis surat bahkan dia minta kerani tersebut menukarkan saya di asrama baru tanpa syarat. that's all. tp sekarang ni lain pula.

    BalasPadam

helaian yang dilihat

jalan-jalan dari