Ahad, 17 Januari 2010
KULAYANGKAN AKSARA-AKSARA BUAT TATAPAN ADIKKU YANG JAUH
Sesungguhnya kita saling jauh,
jauh beribu batu,
benua telah memisahkan kita,
sempadan telah digarisi,
jasad kabur di mata,
suara sunyi di telinga,
rindu kian bertamu,
entah bila kitakan bertemu,
ingin sekali menatapmu,
ingin sekali menyentuhmu,
ingin sekali menyapamu,
duhai adikku,
biarlah kita saling jauh,
asalkan hati kita saling mengingati,
biarlah kita saling jauh,
asalkan dirimu bisa menjadi pahlawan Islam,
yang gagah melawan musuh dalam selimut,
yang berani melaungkan
ALLAHU AKBAR!
di persada dunia.
khas kepada adikku yang disayangi,
dirimu sentisa kuingati,
Wan Muhammad Izzat bin Wan Nor Anas,
Universiti Mu'tah, Jordan
daripada kakakmu,
Wan Nur Izzati bt Wan Nor Anas,
Universiti Darul Iman Malaysia
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
helaian yang dilihat
-
Assalamualaikum Sengaja menulis ketika masih berada dalam tempoh study week kerana bagi saya menulis merupakan satu wadah yang boleh meng...
-
Assalamualaikum. Kali ini zati nak cerita tentang cantik-cantikkan diri. heee. Bila dah kahwin ni makin suka usha page tentang kecant...
Terima kasih kak. Insya-Allah abe akan berjuang sampai dapat bersama-sama dengan ibu, abah, kakak, dan adik-adik masuk ke dalam syurga. Amin...
BalasPadamAmin...
BalasPadam