Isnin, 11 Januari 2010

HAYATILAH KALAMKU INI...BUAT SAHABAT-SAHABATKU(LAMA,SEKARANG,SATU FAKULTI DAN LAIN-LAIN)

ASSALAMUALAIKUM!

Bacalah sahabat-sahabatku! Bacalah! Tulisan-tulisan ini aku titipkan kepadamu. Hayatilah bait-bait tulisan ini. Tiada niat dihati untuk mendabik dada seakan aku seorang hebat, alim atau sebagainya. Bukan! Tetapi hanyalah kerana aku seorang sahabat yang sangat mencintai sahabat.

Duhai akhawat yang aku cintai,
Dirimu umpama bunga mawar yang berbau harum. Mawar yang berduri! Sahabatku, engkau seorang wanita yang diciptakan oleh Sang Pencipta sebagai perhiasan di dunia ini dan seindah perhiasan ialah wanita yang solehah.
Sekarang lihatlah dirimu, dan aku akan melihat diriku. Apakah pakaian yang dipakai oleh kita dituntut oleh syara’ atau apakah dengan memakai pakaian ini, solat kita akan diterima? Andai jawapanmu ialah tidak. Perbetulkanlah pakaianmu. Carilah pakaian yang longgar, tebal (tidak jarang). Jilbabmu, labuhkanlah sedikit. Jangan biarkan sang teruna nampak perhiasanmu yang sememangya haram untuk mereka.

Selain itu, perlahankanlah suaramu apabila berbicara dengan lelaki. Tetapi, awas! Jangan sampai engkau berbicara dengan lemah (menggoda) dan hendaklah kamu berbicara dengan mereka dengan sedikit tegas.

Duhai ikhwah yang aku sanjungi,

Dirimu Allah ciptakan sebagai pemimpin yang sememangnya banyak tanggungjawab yang harus dipikul. Jadi, seharusnya, engkau pelajarilah agama walaupun engkau mengambil selain jurusan pengajian Islam. Dan ingin aku katakan kepadamu, kita sebagai seorang Islam sememangnya wajib kita mencari ilmu agama.

Satu lagi! Tunduklah pandanganmu daripada melihat wanita-wanita yang bukan halal untukmu. Jangan engkau benarkan matamu meliar kearah mereka. Andai dirimu seorang yang kuat, engkau nasihatilah wanita-wanita yang tidak mentup aurat itu agar menutup aurat.

Wahai sahabat-sahabatku,
Marilah kita bersama-sama mencari ilmu agama. Sememangnya, ilmu inilah yang akan mendekatkan kita kepada Allah. Sahabat-sahabatku, setakat inilah sahaja yang mampu aku titipkan kata-kata ini. Mungkin in merupakan pesananku yang terakhir buatmu semua sebelum aku melangkah ke alam yang lain. Mohon maaf atas segala kesalahanku. Salam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Click to view my Personality Profile page

helaian yang dilihat

jalan-jalan dari