Isnin, 25 Januari 2010

BERHENTILAH KERANA ANDA SUDAH MELAMPAUI BATAS!

Assalamualaikum!

Anda sudah melampau batas apabila sebilangan pensyarah yang bergelar ustaz menegur anda supaya memakai pakaian yang menutup aurat dan anda telah mengatakan bahawa ustaz tersebut hanya ‘main-main’ sahaja.
Adakah suruhan supaya berpakaian menutup aurat adalah semata – mata satu permainan? Sedangkan Allah telah berfirman perihal aurat dalam surah an-Nur ayat 31 yang bermaksud:
... dan katakanlah kepada para perempuanyang beriman, agar mereka menjaga pandangannya, dan memelihara kemaluannya dan janganlah menampakkan perhiasannya(auratnya), kecuali yang(biasa) terlihat...”
Adakah suruhan Allah ini masih lagi sesuatu yng yang boleh dibuat sebagai permainan?

Anda sudah melampaui batas apabila anda mengatakan sesuatu yang tidak baik terhadap sesetengah pensyarah; anda telah mengumpat beliau! Apabila terdapat pensyarah yang anda tidak begitu gemari, lalu anda telah mengumpat dengan kawan-kawan sedangkan pensyarah tersebut telah sanggup untuk berkongsi ilmunya kepada anda. Malah ada dinatara anda mencebik muka di belakang! Ini memang sikap yang sangat kurang ajar! Anda memang tidak tahu malu! Berhentilah daripada ghibah kerana Allah telah berfirman dalam surah al-Humazah ayat 1 yang bermaksud:
“ celakalah bagi setiap pengumpat dan pencela”

Anda sudah melampaui batas apabila seseorang telah memberi artikel tentang ‘couple’, anda menyanggahnya dengan akal bukan dengan dalil-dalil daripada al-Quran atau hadis. Anda beramai-ramai sanggup berdebat untuk mempertikaikan dalil-dalil yang terdapat di dalam al-Quran. Anda juga semakin berani keluar berdua-duan antara lelaki dan perempuan tanpa sebarang ikatan perkahwinan pada sebarang waktu malah pada waktu malam sekalipun. Apakah anda ini tidak mengetahui hukumnya? Sedangkan ustaz pernah memberitahu perkara ini di dalam kelas. Lupakah anda?

Akhir sekali, saya tinggalkan ‘entry’ pada kali ini dengan sepotong ayat daripada surah an-Nur ayat 24 dan 25 yang bermaksud:
“pada hari,(ketika)lidah ,tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan.” “ pada hari itu Allah menyempurnakan balasan yang sebenarnya bagi mereka dan mereka tahu bahawa Allah Maha Benar dan Maha Menjelaskan”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

helaian yang dilihat

jalan-jalan dari