Jumaat, 29 Januari 2010
SYURGA CINTA
Assalamualaikum!
Semalam satu forum telah berlangsung anjuran Fakulti perniagaan pengurusan dan perakaunan Universiti Darul Iman Malaysia. Judul forum yang begitu menggamat ramai penonton di Dewan Besar. Forum yang masih lagi betemakan cinta lalu diberi tajuk ‘Syurga Cinta’. Ahli forumnya ialah Dr. Basri Ibrahim dan Ustazah Syarifah.
Sebenarnya, di sini saya hanya ingin memberi kesimpulan daripada forum tersebut sahaja. Pertama, kita dibenarkan bercinta. Tetapi ada syarat-syarat yang ketat. Seperti perkenalan kita perlulah ada tujuan untuk berkahwin; tiada istilah keluar berdua-duan tanpa ada mahram bersamanya; menjaga adab-adab yang Islam telah gariskan.
Jangan salah faham!
Percintaan yang dilarang ialah percintaan muda mudi yang bertunjangkan nafsu syahwat dan bukannya kerana agama itu sendiri.
Andai ada diantara kita sudah disunting oleh si teruna; terimalah ia andai si teruna itu baik darisegi agamanya. Andai siteruna itu miskin, nah lihatlah firman-firmanNya dalam surah An-nur ayat 32 dan 33. Bacalah dan hayatilah makna-maknanya!. Dan jika perigi mencari timba juga tiada salahnya, jika niat kita berpaksikan agama.
Setakat itu sahaja yang dapat saya kongsikan.
Semoga Dara mendapat Teruna yang soleh
dan si Teruna mendapat si Dara yang solehah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
helaian yang dilihat
-
Assalamualaikum! Dek hambatan waktu yang sering sahaja mencemburui, saya jadi jarang-jarang menulis di laman maya ini… Dua minggu lagi, saya...
-
Terfikir dan terfikir... Di sana Saudara seislam ditindas demi menegakkan Islam di sini Kita hanya buat tak endah dengan suruhan agama Di sa...
-
ASSALAMUALAIKUM! Sebenarnya sudah lama saya berkeinginan untuk menulis sesuatu yang berkisar poligami atau seumpama tajuk di atas “isteri u...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan