Jumaat, 12 Mac 2010

MEMILIH PENDAYUNG CINTA

Assalamualaikum!




Sesungguhnya perasaan cinta adalah anugerah terindah daripada Allah kepada makhluknya. Cinta boleh diimplimentasikan kepada Allah, rasul, ibubapa, keluarga dan juga muslimin dan muslimat. Namun, kebanyakkan cinta ini telah tersalah tafsir definisinya oleh para remaja ( mahasiswa dan mahasiswi khususnya) yang menyebabkan perkataan cinta telah tercemar.


Sebenarnya, para mahasiswa sekarang telah mundur terkebelakang mengenai cinta. Pemuda dan pemudi sekarang tidak lagi bercita-cita untuk meninggikan agama Islam di mata dunia. Kebanyakan mereka lebih asyik untuk bercinta sakan. Mereka seolah-olah hanya bernafas untuk cinta yang terlarang bukan untuk hidup untuk mencintai yang sepatutnya dicintai.



Wahai wanita-wanita muda; yang belum berkahwin! Ingatlah, lelaki yang baik tidak akan mempersiakan dirimu; tiada ayat-ayat cinta di bibir-bibir mereka selagi tiada ijab dan qabul; tiada pegang memegang kulit dan kulit. Tetapi, mereka akan mempersiapkan diri mereka dengan ilmu addin; mereka akan menyampaikan isi hati mereka kepada orang tuamu dan seterusnya mereka akan memperisterikanmu. Oleh itu, jangan tertipu dengan kata-kata lelaki yang tidak jujur yang sememangnya mereka akan mempermainkan perasaanmu. Mereka akan ambil apa yang mereka mahu daripadamu. Dan mereka akan tinggalkan dirimu berseorangan tanpa berpaling lagi kepadamu setelah mereka rampas harga dirimu.


Persoalan yang seharusnya difikirkan oleh kita semua, apakah kita mahu memiliki sesuatu yang sudah dianggap second hand? Atau third hand? Tidak,bukan? Begitulah kita yang sepatutnya tidak tergoda dengan lelaki –lelaki yang hanya datang kepada kita dan meninggalkan kita dengan bekas-bekas yang sememangnya tiada sabun untuk ditanggalkan.


Justeru, pilihlah lelaki yang beriman dan soleh. Bukan yang suka bermain cinta dan toleh. Lelaki yang baik tidak akan membawa wanita yang dicintainya masuk ke gaung kebinasaan; ke lembah neraka.




Wahai pemuda-pemuda yang gagah! Jangan engkau memilih wanita-wanita yang sering melentokkan suaranya untuk memikat dirimu; gerak tubuh yang menggoda dirimu; pakaian yang menyelimuti mereka dengan pakaian yang sendat dan ketat; perkataan malu tiada dalam kamus mereka. Jangan dan jangan sesekali kamu memilih wanita-wanita seumpama ini.


Wanita yang baik adalah wanita yang sering melindungi diri mereka daripada dilihat oleh mata lelaki; pandangan mereka yang tunduk; bicara mereka yang tegas; malu adalah pakaian mereka. Biarpun mereka tidak cantik; lawa, tetapi kerana kesolehah mereka menyebabkan mereka persis sang bidadari di syurga. Alangkah bahagianya!




Semoga kita semua bertemu jodoh dalam mawaddah;hasanah;mahabbah dan barkatillah. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Click to view my Personality Profile page

helaian yang dilihat

jalan-jalan dari