Ahad, 14 Mac 2010

HEMBUSAN PENAWAR KHUSUS UNTUK SAHABATKU

Assalamualaikum!

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, serta selawat dan dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw serta para sahabat baginda.

Sebelum meneruskan bicara, izinkan aku memetik firman Allah dalam surah an-Nur ayat 26 yang bermaksud :
“ Perempuan-perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk perempuan-perempuan yang baik”
Sahabat yang aku kasihi,


Aku menulis tinta-tinta ini khusus untukmu. Ya,khusus untukmu! Khusus untuk merawat dukamu yang belum menghilang pergi; dukamu yang engkau belum cukup kuatuntuk menghadapinya. Aku tahu, tulisan ini belum pasti akan merawat duka yang engkau tanggung. Namun, cukup aku katakan bahawa, aku menulis adalah kerana aku mahu wajahmu berseri seperti dahulu; ingin aku usapkan lukamu itu dengan penawar cinta.



Engkau seorang puteri yang baik, solehah dan berbudi pekerti. Engkau merupakan seseorang yang tidak pernah jatuh hati kepada mana-mana lelaki. Namun, di tempat ini, engkau telah bertemu dengannya. Bertemu buat kali pertama antara dirimu dan dia, telah menerbitkan hembusan cinta dalam jiwamu. Engkau mencintainya bukan kerana rupa paras, kedudukan atau hartanya. Tetapi engkau memandang kealiman yang ada padanya. Ya, dia sememangnya alim, tawadhu dan zuhud.


Namun, cintamu padanya engkau pendam dalam hati sambil menunggu si dia bertanyakan khabar daripadamu. Tetapi,penantianmu bertahun-tahun itu telah menemui jawapannya. Jawapan yang menghiris hatimu. Si dia telah ‘mentakdim’ seseorang yang engkau tidak kenali. Hancurnya perasaanmu. Sahabat, aku tahu di saat itu, air matamu tumpah sehinggakan aku sendiri mahu menangis mendengar rintihanmu.Sahabat, aku tahu betapa terseksa batinmu kerana engkau telah menjumpai seorang lelaki yang fikrah islamnya sama denganmu. Bersabarlah sahabat.

Sahabat yang aku kasihi,


Sahabat, izinkan aku membuka lipatan sejarah cintaku. Dahulu, aku pernah jatuh hati kepada seseorang. Bagiku dia seorang yang baik dalam agama. Namun, mungkin aku bukan jodohnya. Akhirnya, aku sedih sendirian. Sememangnya, saat itu hatiku terluka. Bicaraku hanya duka. Tiada siapa yang tahu kecuali Allah. Dan suatu hari, hatiku berbisik mengapakah aku terlalu sedih dengan hal-hal ini sedangkan cintaku pada Allah belum lagi berkembang? Dan apa gunanya aku terus bersedih dan hidup dalam buaian luka sedangkan dunia ini untuk tersenyum. Kumbang bukan seekor dan bunga bukan sekuntum!



Sahabat, bersabarlah dan berdoalah kepada Allah agar Dia menyimpan untukmu seseorang yang pantas buatmu. Seseorang yang boleh menegurmu dengan baik, seseorang yang membuatkan perkahwinanmu bahagia, mawaddah, sakinah dan mahabbah serta barkatillah.




Aku doakan agar engkau akan menjumpai kebahagiaanmu; mendapat seorang suami yang baik dan soleh; yang selalu mengesat air matamu tatkala engkau kesedihan; sentiasa menghembuskan nafas semangat buatmu; membicarakan hal-hal ukhrawi di telingamu.


Salam semangat cinta,
Kepada sahabat yang aku cintai,
Daripada
-Cahaya kemuliaanku-

2 ulasan:

  1. Salam, Ukhti Izzati.

    ‘Jagalah kuat syariat ALLAH, nescaya ALLAH akan kuat menjaga kamu. Lalu pasti Dia memberi seorang insan yang juga kuat menjaga kamu sebagaimana dia kuat menjaga hubungannya dengan ALLAH’

    'Dahulu, aku pernah jatuh hati kepada seseorang'. Hehe, sape tu?

    Smoga dipertemukan Allah dgn jodoh terbaik buatmu..salam sayang!

    BalasPadam
  2. waalaikumussalam..

    amin...semoga kita dipertemukan dengan insan yang soleh.

    * sape orang tu? rahsia...he2

    BalasPadam

helaian yang dilihat

jalan-jalan dari