Sabtu, 27 Mac 2010

AKU MENADAH RINDU PADAMU ...ADIKKU;IZZAT AL-KUTAWI







Mentari dan punama saling
silih berganti,
Dan,
Hampir enam purnama,
Kita tidak bersua muka,
Sejak engkau pergi ke sana,
Melewati tanah-tanah gersang anbia’,
Mengutip permata-pertama ilmu agama,
Memegang erat pena ukhrawi,
Memeluk erat tangan ulama’ mujtahid,
Dengan harapan yang penuh bermakna,
Engkau ingin menyelusuri kehidupan ulama dulu kala,
Yang mencari ilmu di serata dunia,
Kerana sebenarnya
engkau ingin memahami kekalutan umat manusia.

Adikku,
Kakakmu ini sedang menadah rindu padamu,
Dari dulu sehingga kini,
Namun ,
Usah khuatir akan kakakmu di sini
Usah risau tentang kakakmu ini,
Kerana rindu inilah membangkitkan
Ukhuwwah antara kita,
Menaikkan cinta antara kakak dan adik.

Adikku,
Kakakmu di sini,
Sentiasa,
Menadah tangan untukmu,
Sentiasa kusebut namamu,
Dalam doaku harianku,
Semoga dirimu berbahagia,
Dalam hari-hari yang berlalu,
Dan semoga dikuatkan dirimu
dalam mengharungi liku-liku hidup,
agar senyumanmu yang indah
terpahat di bumi urdun,
Di tanah mu’tah sentiasa..


Selalu merinduimu,


kakakmu,
Blok fatimah,
Universiti Darul Iman Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Click to view my Personality Profile page

helaian yang dilihat

jalan-jalan dari