Rabu, 17 Mac 2010
MENJULANG MAKNA
aku sudah berjalan
serata dunia,
berlari-lari
di atas garisan tanah,
menongkah arus badai
laut berombak,
dalam mencari erti cinta kepada Tuhan.
sungguh!
Laluan-laluan itu
Sukar dan getir,
Tanpa sabar
Terkandaslah diri,
daripada menjulang maksud
terindah untuk mencintai
Allah.
Cintakan Allah itu
Mendamaikan resah;
Menenangkan jiwa;
Merindui yang teramat.
Sakit menjadi sihat;
Duka menjadi suka;
Untungnya hati yang selalu
Dambakan cintaNya;
Untuknya hati yang sentiasa
Resah bila diri berdosa
Untungnya hati yang selalu
Menepis gumpalan-gumpalan leka
Semata-mata
untuk
Khusyuk dalam sujud
Dalam sujud terbit titisan mutiara
Suci walau tiada harga di dunia
Tetapi pasti di akhirat
Ianya umpama lautan
Yang dipenuhi mutiara mahal
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
helaian yang dilihat
-
Kesekian kali cahaya itu mulai suram. Titis-titis gerimis mula membasah Bumi. Renyai hujan mula membuka kisah. Memanifestasikan Resah...
-
Assalamualaikum! Di sini penulis ingin memohon maaf kepada pembaca blog ini kerana penulisan dalam blog ini kurang ilmiah. Hal ini disebabka...
-
Di dewan besar itu, Siswi itu bangkit, Meluahkan rasa; Menuturkan bicara Mengenai hak dan kebatilan Yang mana jahat Yang mana baik Yang man...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan