Sabtu, 1 Januari 2011

HANYA SEKADAR UCAPAN

ASSALAMUALAIKUM!

Lambaian 2011 telah disambut penuh kesyukuran kerana Allah masih memberikan sekudus nyawa kepada hamba-Nya.

MINGGU PERTAMA JANUARI 2011


Untuk minggu pertama 2011, saya masih lagi berpraktikal di Jabatan Bantuan Guaman negeri Kelantan sehingga 6 Januari. Selepas itu, barulah akan ke unisza untuk menghabiskan semester akhir. WISH ME LUCK!


Alhamdulillah, adik keempat saya, izzuddin telah diterima masuk ke Maahad Tahfiz Sains Nurul Iman di Kok Lanas. Dan sesi pendaftaran telah bermula semalam. Sebenarnya, terlalu sukar untuk saya melepaskan adik saya untuk pergi ke sekolah berasrama penuh kerana saya mempunyai pengalaman sedih tatkala berpisah dengan keluarga seawal umur 13 tahun.

“ din, sekarang din sudah dewasa… belajarlah dan hafazl al-quran bersungguh-sungguh. jangan takut dengan dugaan… kerana kakak tahu, segala cabaran yang akan dilalui oleh Din, itulah sebenarnya tangga untuk Berjaya. Tempuhilah dengan jayanya. Berazamlah untuk menjadi seorang yang professional dan hafiz…kakak doakan din ceria di sana ..selamat maju jaya ya dik..!”


Khusus untuk adik saya yang kedua, izzat yang berada di Mu’tah dan ketika ini beliau sedang menghadapi peperiksaan akhir bagi pelajar Tahun 2..
“ selamat maju jaya, be…all the best.. nanti kalau dah siap cetak buku Dari Hati Kecil Kami, bagitahu ye”…

Itu sahaja,
Coretan perubahan baharu dalam keluarga, semakin berkurangan ahli rumah kerana menyambung pelajaran. Semoga proses untuk menuntut ilmu ini diberkati Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Click to view my Personality Profile page

helaian yang dilihat

jalan-jalan dari