Isnin, 31 Januari 2011

Ya Allah Bnatulah pejuang Islam di Mesir

Assalamualaikum.

Beberapa hari ini kita telah mendengar isu pergolakan di Mesir. Pergolakan di Mesir kian meruncing. Semoga Allah menangkan yang benar dan jatuhkan pimpinan Mesir yang ada sekarang.

Dan pada masa yang sama, saya sangat khuatir akan keselamatan sahabat-sahabat saya yang berada di sana. Setiap kali ada berita di televisyen, radio mahupun akhbar , pasti berita tentang keadaan Mesir menjadi tumpuan saya.

Sementara itu, pada petang tadi, ibu saya ada menelefon Mak Cik Ni a.k.a emak kepada sahabat saya ,Zulfadli untuk bertanya keadaan anaknya di Mesir. namun, emaknya juga tidak mempunyai sebarang maklumat tentang keadaan dirinya.

Namun, beberapa minit kemudian, ibu saya menerima mesej daripada Mak Cik Ni bahawa anaknya baru sahaja menelefon beliau. Alhamdulillah, kata Mak Cik Ni bahawa anaknya selamat. Namun, kereta kebal masih ada berhampiran dengan kediamannya. Selain itu, sebuah balai polis telah dimusnahkan.

Kepada pembaca yang saya kasihi sekalian,

Marilah kita bersama-sama berdoa kepada Allah agar Hosni Mubarak dan konco-konconya turun daripada pemerintahan juga doakan keselamatan rakyat Malaysia yang berada disana khususnya pelajar-pelajar Malaysia.


Sebentar tadi saya ada menerima mesej melalui YM daripada sahabat (Aisyah) yang berada di Jordan:

Berita terkini dari Presiden PMRAM: Alhamdulillah, keadaan masih terkawal. Mahasiswa-mahasiswi Malaysia di Mesir ok belaka. Mereka perlu berjimat makanan dan belanja (ATM masih tak boleh guna utk keluar duit). Berita mahasiswi dirogol adalah palsu. Berita pelajar kena tembak di Tanta benar, tetapi dgn peluru getah yg terkena kaki. Beliau hanya meminta kita mendoakan mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Click to view my Personality Profile page

helaian yang dilihat

jalan-jalan dari