Selasa, 20 April 2010

KALUNGAN TERAKHIR BAHAGIA ATAU SENGSARA



Assalamualaikum!

Bismillahirrahmanirrahim


“Setiap sesuatu yang bernyawa pasti akan mati”

Ketika saya menulis entri pada kali ini, saya masih lagi berada dalam minggu peperiksaan akhir semester. Namun ,pada kali ini saya ingin membawakan kalian kepada sesuatu yang sering dan selalu didengar tetapi setiap pendengarnya akan takut untuk menghadapinya. Itulah kematian!



Bebarapa hari ini, saya sering mendengar perkhabaran mengenai kematian seseorang;saudara semuslim. Rasa luluh jantung ini setiap kali terdengar berita kematian walaupun saya tidak pernah mengenalinya. Kebanyakan daripada mereka yang kini sudah berada dalam suatu lubang yang sangat ditakuti. Mungkin itulah kebun-kebun syurga ataupun lubang-lubang neraka. Mereka berumur kurang daripada 30 tahun. Mereka hampir sebaya dengan saya.



Ada diantara mereka meninggal dunia kerana disebabkan jatuh daripada bangunan, kemalangan jalan raya, keguguran dan banyak lagi. Sesungguhnya kematian itulah yang hampir dan tersangat hampir pada setiap jiwa yang bernyawa.



Ada juga diantara mereka yang menghadap Illahi selepas sahaja berumah tangga; beroleh perkhabaran bahagia mengenai cahaya mata pertama; mendapat kejayaan belajar di luar negara. Tetapi perkhabaran tersebutlah yang mendekatkan mereka kepada kematian. Justeru, saya mengajak diri saya dan kalian hargailah masa sekarang, penuhilah masa kini dengan sebaik mungkin. Mungkin dengan sedikit hafalan al-Quran; hadis atau apapun yang di berkati akan menjadikan hidup kita berakhir dengan senyuman. Senyuman untuk bertemu dangan pencipta kita.



Saya dan kalian sememangnya tidak tahu bilakah kita akan pergi menghadap Illahi. Pergi samaada dalam keadaan yang mulia ataupun hina. Dalam kondisi bahagia atau sengsara. Sungguh, hampir menitis air mata saya bila terkenangkan kematian!



Di sini juga saya ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada semua yang mengenali saya ataupun tidak. Maafkan kesalahan saya kerana mungkin saya tidak menjalankan tangunggjawab yang sempurna terhadap saudara semuslim saya. Saya tidak menjalankan amanah yang terpikul di pundak saya untuk menulis sesuatu yang berfaedah untuk diri saya dan kalian.






sesungguhnya
Andai kalian mendengar perkhabaran
bahawa aku sudah dijemput pergi,
Dari dunia ke alam baharu,
Ku pohon selalu
Hiasilah keberangkatanku itu
Dengan kalungan doa sejahtera
Kerana
Aku tidak tahu
Samaada aku pergi dalam bahagia
Atau sakit sengsara
Kupohon dengan sungguh!
Kumohon dengan sangat!
Dan izinkan aku menitipkan mutiara- mutiara terakhir
Buat insan-insan yang aku sayangi;
Kalian yang aku cintai
Terima kasih dan syukran
Atas segala
Kasih
Sayang
Cinta
layanan
Membuatkan
Aku bahagia tika di dunia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Click to view my Personality Profile page

helaian yang dilihat

jalan-jalan dari