Jumaat, 19 Mac 2010

YOU ARE ABSOLUTELY WRONG PART 2

ASSALAMUALAIKUM!







Bukan mudah untuk ini,
Bukan lemah untuk itu,
Mata memandang langit,
Mencari kekuatan dari tuhan,
dengan
Menadah himpunan doa,
Memohon restu dari Tuhan,
agar
Gagahkan kaki ini,
Lancarkan bicara ini,
Dengan nada yang sempurna,
Biar hak tertegak tinggi,
Biar batil kecundang pergi.



Siswi itu masih ingat, di dewan besar itulah suaranya bergema. Memecah kepingan-kepingan ‘iceberg’. Mata-mata siswa dan siswi tertumpu pada batang tubuhnya. Siswi, itu tampak gugup ketika mula berbicara. Nadanya mula naik dan turun sambil memegang mikrofon. Beliau mula berbicara:





“ Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Di sini saya ingin memberikan pandangan mengenai ‘attitude’ pelajar undang-undang yang beragama Islam di sini. Dan sebelum itu, saya ingin menegur tentang apa yang berlaku pada malam ini.kita boleh berhibur dan Islam tidak melarangnya. Namun, ada batasannya.dan malam Jumaat yang mulia ini kita telah mengadakan nyanyian. Apakah kita tidak menghormati malam Jumaat?
Pelajar undang-undang di sini nampaknya tidak tahu mengenai identiti Islam sedangkan kita semua adalah umat Islam! Islam itu syumul dan menyeluruh. Islam untuk semua kursus.” itu sahaja kata-katanya yang masih beliau ingat.


Siswi masih ingat, bicaranya dibidas oleh seorang siswa yang bertanyakan apakah attitude pelajar-pelajar undang-undang yang tidak baik. Mendengar bidasan itu, siswi menjadi sedih namun tampak cekal sambil bermonolog dalam hati.
“ apakah dia tidak tahu apakah selama ini perangai ‘student law’ tidak melambangkan Islam?


Beberapa minit kemudian,

Siswi itu bangkit semula dan mencapai mikrofon.
“ apakah awak sendiri tidak tahu apa itu identiti Islam?
Dan sebenarnya banyak lagi yang diperkatakan oleh siswi itu, tetapi beliau sendiri tidak berapa jelas dengan kata-katanya. Yang pasti, beliau ada mengatakan sesuatu mengenai Islam. Sudah puas rasanya.

Marah tidak bermakna benci,
Teguran tidak beerti benci,
Dalil-dalil cinta telah
Bercerita tentang ini,
Wahai muslimin dan muslimat
Tidakkah engkau teringin
Kita sama-sama menuju
Syurga firdausi?


Mata-mata yang tadinya tidak berkelip, mula bersuara sumbang. Mula mencebik muka tanda protes bicara siswi itu.


“ ah, aku perlu kuat! Allah bersamaku.” Siswi itu bermonolog lagi.
Bangkit lagi seorang mahasiswi. Siswi itu mula tersenyum kerana jangkaannya mahasiswi itu akan menyokongnya. Namun, jawapannya mematahkan semangat siswi itu. Terkedu sama sekali.


“ apa yang saudari katakan tadi, saya tidak setuju. ‘students law’ baik-baik belaka. Jangan pandang serong kepada ‘student law.”

Dan kata-kata mahasiswi itu berakhir dengan:
“ You are absolutely wrong!”


Itulah kata-kata yang sering terngiang-ngiang di cuping telinga siswi itu sehingga kini.
“ apakah aku salah? Apakah apa yang aku katakan semua salah walaupun aku katakan yang hak? Di manakah mereka yang inginkan Islam tertegak? Mengapakah mereka tidak bangkit menyokongku.” itulah isi hati yang terluah di dalam kalbu siswi itu.


Kini, siswi itu sendiri. Sepi. Kenangan di dewan itu akan terpahat dalam hatinya untuk selama-lamanya. Biarlah kenangan itu menjadi inspirasi dan aspirasi untuk berani dalam menegakkan syariat Allah walau dia seorang wanita. Untuk itu, siswi itu ingin menjadi umpama Umar al-Khatab si Singa Islam. Yang tiada gentar untuk Islam.

" PERJUANGAN TIDAK MENUNTUT BILANGAN KITA TETAPI PERJUANGAN MENUNTUT KEBERANIAN KITA"



• Kisah ini adalah diadaptasikan oleh peristiwa sebenar. Tetapi, telah diubahsuai untuk tidak memberi keaiban kepada pihak-pihak tertentu. Penulisan ini hanyalah semata-mata untuk memberi pengajaran kepada pembaca iaitu biarkan kita berani memperjuangkan prinsip Islam walau sendirian. Perjuangan tidak menuntut kita berkumpulan tetapi perjuangan menuntut keberanian kita.

1 ulasan:

  1. mata terkedu
    bukan kerna terkejut
    telinga berbisik
    bukan kerna terpinga
    Namun, hati yg mendesak
    dek kebenaran lama terpendam..

    hak bukan milikmu
    bukan milikku
    hanyalah milik-NYA

    BalasPadam

Click to view my Personality Profile page

helaian yang dilihat

jalan-jalan dari