Waktu pergilah bersama awan berarak
Jangan pernah berhenti untuk berdetik
Menggantikan bulan dengan mentari
Menggantikan bintang dengan langit biru
Langit Tuhan begitu luas nun jauh dipandangan
Beribu jutaan makhluk di bawah bayangannya
Diiringi awan awan yang setia memayungi
lantai tanah dari terik mentari
Betapa hakikat ini tidakkan pernah terpadam
Bahawa Rahmat Tuhan melebihi sukatan lautan dunia
Mahupun rahmatNya melebar melebihi dataran langit
Itulah Tuhan yang Maha Pemberi
Wahai hati yang dirundung kecewa
Lepaskanlah
Buang ia jauh-jauh
Bina dinding baharu
Ukir kembali potret citra
Usah lemas dalam kekecewaan
Kelak jatuh tiada yang menghulur
Bantuan
Bangkitlah!
Bangkitlah!
Kesat linangan airmata dengan jiwa yang semangat
Patrikan dalam akal
Bahawa Allah itu ARRAHMAN
Maha Kuasa jua Maha Besar
tulisan ini khusus untuk penulis sendiri
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
helaian yang dilihat
-
Assalamualaikum! Dek hambatan waktu yang sering sahaja mencemburui, saya jadi jarang-jarang menulis di laman maya ini… Dua minggu lagi, saya...
-
Terfikir dan terfikir... Di sana Saudara seislam ditindas demi menegakkan Islam di sini Kita hanya buat tak endah dengan suruhan agama Di sa...
-
ASSALAMUALAIKUM! Sebenarnya sudah lama saya berkeinginan untuk menulis sesuatu yang berkisar poligami atau seumpama tajuk di atas “isteri u...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan