Selasa, 29 Mac 2011

Selamat Jalan Dr. !

Assalamualaikum.

Nasihat oleh Dr Sullaiman sebelum menghabiskan kelas evidence membuatkan hati saya tersentuh. Sesekali mata memandang ke bawah dek tidak dapat menahan sebak. Sungguh, sebak itu hadir dalam keadaan yang tidak memaksa. Mata berair diseka oleh jari jemari agar air mata yang hampir menitis tidak disedari oleh teman yang berada di sebelah.

Dr. Sulaiman merupakan seorang pensyarah yang saya kagumi. Jihadnya dalam menyebar dakwah Islam mengalir dalam tubuhnya. Jihadnya bukan dengan menggunakan senjata pedang tetapi menggunakan kepakaran dalam bidang undang-undang.

Katanya kepada saya dan rakan sekelas:

Sebenarnya, saya rasa tidak puas mengajar awak semua kerana saya mengajar sesuatu yang bertentangan dengan Islam. Contohnya, dalam sivil cara memperoleh ‘evidence’ tidak dipedulikan asalkan ‘evidence’ itu relevan. Manakala, dalam Islam cara memperoleh ‘evidence’ itu sangant penting kerana jika evidence itu diperoleh secara salah jadi evidence itu tidak akan diterima secara total.
Dan, sepatutnya, awak semua belajar dulu syariah baru ambil undang-undang sivil. Biar tahu yang Islam dulu baru belajar sivil dan mengetahui kesilapan undang-undang sivil.

Katanya lagi…

Saya akan ke brunei dan menjadi pensyarah di university Islam di sana. Sebelum ini, saya menjadi pensyarah di university Thailand, namun kerana ada halangan untuk menyebar dakwah di sana,jadi saya datang ke sini. Dan kerana saya diminta untuk mengajar di Brunei, jadi saya kena pergi ke sana. Ini tanggungjawab sayakerana kerajaan Brunei inginkan system Islam. Dan halangan untuk berpindah dari satu tempat ke satu tempat itu adalah kecil berbandinna ingin ganjaran menyebar dakwah Islam. Selagi ada yang inginkan kepakaran saya, saya akan pergi even ke timur tengah sekalipun.

Dan ingat …awak belajar undang-undang sivil ini untuk mengenal barat itu sendiri. Bukan kerana ingin mengikuti undang-undang itu sendiri.


Dan banyak lagi kata-kata beliau yang masih tersimpan rapi dalam ingatan saya.
Semangat Dr sememangnya kental untuk memberi input kepada para pelajarnya tentang undang-undang Islam. Beliau sentiasa membandingkan undang-undang sivil dengan syariah. Di dadanya penuh dengan ayat-ayat Quran untuk dijadikan dalil jika pembelajaran evidence of law itu menyalahi undang-undang Islam. Bahasa inggeris dan bahasa arabnya sangat fasih. Begitu juga bahasa asalnya Thailand. Saya cukup kagum dengan beliau.

Dan sekarang beliau akan meninggalkan Unisza dan juga saya. Saya berasa sungguh kehilangan kerana beliau adalah seorang pensyarah yang amat saya sanjungi. Kata-katanya tentang syariah membuatkan saya ingin dekat dengan syariah. Ingin mengikuti langkahnya untuk menyebar dakwah menerusi bidang-undang –undang.


Dan hari ini (Rabu; 30 Mac), merupakan kelas terakhir Dr. sebelum kelas berkhir untuk selama-lamanya,beliau banyak memberikan kata-kata nasihat sebagai pesanan terakhirnya sebagai pensyarah dan juga sebagai seorang Murrabbi. Pada waktu Dr membacakan doa penutup dan juga makna doa tersebut, tangisan saya menjadi-jadi. Saya berasa sungguh kehilangan. Pensyarah kesayanan saya sudah pergi meninggalkan saya. Namun, yang pasti semangatnya membara dalam tubuh saya.


Semoga pemergian Dr. diiringi dengan kebarakahan dan segala pengorbanannya untuk Islam diberi ganjaran Jannah kelak.

Mulai hari ini, saya sudah pasakkan cita-cita saya. Saya akan tebang ke bidang syariah(InsyaAllah). Kemudian saya akan mengambil Master dalam jurusan perbandingan undang-undang sivil dan syariah. Kemudian, barulah saya mengambil kata putus sama ada ingin membantu menyebar / menegakkan Islam melalui kapasiti sebagai peguam syariah atau ahli akademik. Tetapi, jalan itu masih jauh. Saya perlukan mujahadah yang tinggi. Saya perlukan sokongan terus menerus agar tidak kecundang sebelum matlamat tercapai.



Doakan saya agar konsisten dengan cita-cita saya! Amin...
hanya pada Allah,saya mengharapkan impian saya terlaksana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Click to view my Personality Profile page

helaian yang dilihat

jalan-jalan dari