Khamis, 12 Ogos 2010

Assalamualaikum!



Beberapa hari yang lepas, saya telah berdiskusi dengan seorang sahabat. Beliau datangnya dari jurusan bukan pengajian Islam di sini tetapi kami berlainan fakulti. Selepas kami menunaikan solat fardhu Isya’ berjemaah, kami mula berdiskusi mengenai biah solehah di dalam fakulti kami yang kian menipis.


Pelbagai masalah kami berdua bincangkan. Bermula daripada aspek persatuan yang tidak kuat berpegang dengan Islam, cara pemikiran para mahasiswa yang menyempitkan makna Islam banyak lagi.


Kadang-kadang kami berasa kami bersendirian melawan arus biah atau suasana dalam fakulti kami. Kami tiada sokongan jitu untuk tetap bersuara dan berdiri teguh atas landasan agama daripada sahabat-sahabat lain walaupun satu kursus.


Salahkah kami untuk tidak mengenakan pakaian yang tidak menutup aurat? Salahkah kami untuk melihat persatuan fakulti kami mengadakan sesuatu program yang tiada ikthilat antara lelaki dan perempuan berlaku, senda gurau antara dua jantina yang berlainan? Salahkah untuk kami bersuara di corong mikrofon memberi komentar mengenai ketidakpuasan hati kami tentang kurangnya pendedahan ilmu agama Islam atau kurangnya penghayatan ‘mereka’ tentang Islam?

Salahkah kami?


Malam itu
Kami bercucuran air mata
Menangisi lemahnya kami
Tiada kekuatan
Untuk bangkit bersuara
Menentang suara majoriti
Yang sering mengagungkan kemodenan menjerat


Sekarang ini, saya mahu bertanya. Di manakah ‘penyelamat agama’ di sini? siapakah mereka yang perlu kami minta bantuan darinya untuk menyelamatkan kami daripada tidak tergelincir ke daerah yang menjatuhkan maruah Islam. Siapa?siapa?dan siapa?


Pada siapakah yang perlu kami minta bantuan?
Atau
Kami akan terus begini?


Di manakah mereka yang melaungkan ‘ saya cinta Islam’ tetapi tidak berbuat apa-apa untuk kami? Kami perlukan bantuan daripada anda. Kami sendirian di sini. Seringkali air mata kami bercucuran menangisi kondisi kami.

Kepada mereka yang berada dalam fakilti Islam,

Mungkin mereka yang berada dalam fakulti bukan pengajian Islam tidak tahu atau tidak dapat pendedahan apa yang kami hadapi di sini. itu tidak mengapa. Saya tidak salahkan mereka. Tetapi, saya mohon bantuan daripada mereka. Saya mohon dengan sangat. Andai mereka tidak dapat lagi pendedahan mengenai kondisi kami, saya sarankankan datanglah ke AGM fakulti kami atau ke Annual dinner atau program-pragram yang berlangsung. Lihatlah dan hayatilah kondisi kami! Bantulah kami dari aspek mempertingkatkan pendedahan agama Islam bahawa Islam itu untuk semua. Bukan untuk jurusan Islam sahaja bahkan untuk semua sekali.

TERAKHIR:

Secara hakikinya, saya tidak mahu membuka pekung di dada. Sesekali tidak! Tetapi, saya tidak ada kekuatan untuk bersuara lagi. Apatah lagi walaupun saya sudah bersuara tetapi………. Biarlah segala resah itu saya paksikan dalam memori saya sahaja. Kini, saya hanya mampu bersuara dengan mengerakkan beberapa jari untuk menekan punat atas papan kekunci laptop sahaja.

Walaupun begitu,

Alhamdulillah, masih ramai mahasiswa yang berpegang pada Islam walaupun kami bukan pengajian yang menekankan agama. Tetapi, masalahnya ialah kami bukan majority. Dan banyak kemungkinan yang akan berlaku. Nauzubillah!

Seringkali
Kulagukan gusar
Dalam helaian maya
Sambil menantikan
Wira agama
Pahlawan Islam
Menghunus pedang
Melawan batil
Melawan pengkhianat –pengkhianat agama
Yang kebal berprinsip songsang!

- tara tiana -
selamat berpuasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Click to view my Personality Profile page

helaian yang dilihat

jalan-jalan dari