Peludah Warna
Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.
Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.
Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.
Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.
A Samad Said
* saya sudah tak respek kepada pihak polis dan pihak media arus perdana secara total dek sanggup membawa misi BN untuk dicapai
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
helaian yang dilihat
-
Assalamualaikum dan salam ceria, Alhamdulillah, pada hari ini telah hampir 3 minggu saya bercuti. Hati ini berasa sungguh gembira tat...
-
Assalamualaikum! salam ceria semua. hee... Hari ni zati nak cakap tentang vivix. Vivix ni banyak kelebihannya. Ni la antaranya : S...
-
Assalamualaikum. Kali ini zati nak cerita tentang cantik-cantikkan diri. heee. Bila dah kahwin ni makin suka usha page tentang kecant...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan