Ahad, 15 Januari 2012

Adindaku Izzah!

Assalamualaikum

(entri ini dipostkan awal 4 hari yang sepatutnya)



Tanggal 19 Januari membawa bahagia. Seorang puteri kecil telah dilahirkan kira-kira 5 tahun yang lalu. Izzah! Itu nama pendeknya. Nama penuhnya seperti nama kakanda sulong cuma nama hujungnya itu lain sedikit namun makna nama hampir sama itulah Wan Nur Izzah! Bukannya Wan Nur Izzati. Hanya si sulong dan si bongsu sahaja puteri dalam kalangan adik beradik. Lima lagi adalah hero-hero semuanya.



Jika dahulu kakanda sulong menjadi puteri sulong dan tiada lagi puteri selepas itu selama 17 tahun. Dan selepas 17 tahun, barulah dikurniakan adinda bongsu yang perempuan. Alhamdulillah. Si sulong sudah boleh bermain dengan adinda puteri. Jika tidak, si sulong itu hanyalah tahu bermain dengan adinda putera-putera sahaja. Kadang-kadang suaranya jadi kuat kerana putera-putera susah untuk menurut kata. Kadang-kadang keayuannya tidak terserlah kerana asyik berada dalam kelompok putera-putera sahaja yang cukup nakal lagi bergeliga akal.





Dan sekarang adinda puteri, izzah sudah pun berumur 5 tahun. Sudah dewasa sedikit sebelum tahun-tahun yang sudah. Iyalah, takkan semakin muda pula kan? Em…adinda puteri izzah sudah pandai bercakap seperti orang dahulu kala. Kadang-kadang kakanda sulong memangginya ‘Mak Cik’ kerana irama kata-katanya seperti orang tua-tua. Kakanda sulong pun tidak bercakap seumpama itu.



Kerenahnya banyak. Tetapi kerenahnya itu membuat orang tersenyum memanjang. Kadang-kadang adinda puteri izzah suka bertanya yang kadang-kadang kakanda sulong tersenyum tak tahu untuk menjawabnya. Kadang-kadang dia juga bertanya tentang Allah, syurga dan neraka. Pernah satu kali apabila kakanda sulongnya menjawab pertanyaannya. Dia membalasnya:



Izzah, tak nak besar…nak kecil sokmo. Kalau besar nanti masuk neraka.



Oh, adinda puteri Izzah mudah memahami betapa apabila sudah dewasa dosa pahala akan tertuju kepada diri sendiri. Tersentuh hati si sulong apabila mendengar pengakuannya itu.



'yang kecil itu adinda puteri izzah"


Adinda puteri izzah juga sudah pandai solat. Kalau nak menghantar kakanda sulongnya ke Unisza, pasti dia akan membawa beg kecil yang diisi kain solat. Katanya untuk dia solat. Alhamdulillah! Namun satu hal yang melucukan, dia suka meniru gaya fesyen ibundanya atau kakanda sulongnya. Dia juga suka akan cantik-cantikkan diri. Oh, adinda puteri izzah sememangnya sudah dewasa sedikit berbanding umurnya!


Itulah ceritanya…


Sekarang kakanda sulong ingin ‘wish’ birthday untuknya…biarpun awal beberapa hari.

kakak harap Izzah jadi anak yang solehah , adik yang baik…jangan wat alas an tak nak pergi Pasti yer.”




(sememangnya menjaga adik perempuan itu agak sukar…kena awasinya sentiasa.lebih-lebih lagi perilakunya dan aurat)

Kakanda sulong yang akan jadi sulong sentiasa,
Izzati Anas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

helaian yang dilihat

jalan-jalan dari