Tiada kata-kata yang bisa untuk kuterjemah
Bahasa yang halus dari kamus hati
Mencari-cari aksara yang tulus
Untuk menyempurnakan maknawi lahiriyah
Tuhan,
Aku tidak sempurna dalam mencintai-Mu
Cintaku tidak sesempurna cinta-Mu padaku
Aku malu pada-Mu ya Rabb bila
Cinta-Mu padaku
melebihi cintaku pada-Mu
Ya Illahi
Berhari-hari hatiku gelisah
Iman dalam hati resah
Jiwa bergelora mendamba
Hidayah-Mu
Ya Rabb
Kurniakan hatiku sekudus hidayah
Untukku merentasi sempadan dunia
Dalam menuju titian mardhatillah
Kerna Ku tidak punya apa-apa
Tanpa cinta-Mu
Tanpa redha-Mu
Ya Rahman ya Rahim
Untuk sekian kalinya
Aku berjanji pada diriku
Untuk mencari erti cinta
Seorang hamba untuk sembahannya
Untuk mencari erti kasih
Seorang hamba untuk Tuhannya
Tuhan,
Engkau berikanku cinta untukku
mencintai-Mu
kerana aku tahu hanya cintalah
yang harus ada untuk kumencintai-Mu
Untukku balas semua cinta-Mu
Ahad, 29 Januari 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
helaian yang dilihat
-
Minggu hadapan sepupu saya yang terdekat akan berkahwin. Terdekat, kerana rumah emak saudara saya;bondanya hanya beberapa meter sahaja dar...
-
ASSALAMUALAIKUM! Sebenarnya sudah lama saya berkeinginan untuk menulis sesuatu yang berkisar poligami atau seumpama tajuk di atas “isteri u...
-
Assalamualaikum Sudah lama nak tulis mengenai ini. Tetapi, hati jadi ragu-ragu. Fikirkan betapa saya hanya merupakan insan yang terlalu tida...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan