Ahad, 25 Julai 2010
REDHAMU TEKADKU
Telah aku ulangi dosa lalu
Setelah aku bersujud mengharap maghfirah-Mu
Kuberundur lagi daripada-Mu
Mengikis pahala lalu
Tuhan!
Aku datang padamu lagi
Aku hadir dengan rasa salah
Membuatkan aku hamba bersalah
Sudah bertimbun dosa baru
Kulakukan
menjadikan aku
manusia tidak tahu malu
sekali lagi
aku bersujud
berharap meminta
aku menghina diri
memohon ampun
atas salah dan silap
sekali lagi aku bertekad
tidak akan kuulangi
dosa itu
dan dosa ini
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
helaian yang dilihat
-
Ya Allah berikan aku nikmatMu untuk ku sebut Alhamdulillah ya Allah berikan kurniaan untukku kusujud syukur ya Allah terimalah doaku untukku...
-
Selamat jalan Dr! maaf, kerana pemergianmu kuiiringi dengan air mata tanpa sebarang kata-kata Selamat berangkat Murobbiku! kerana perjua...
-
Assalamualaikum Sengaja menulis ketika masih berada dalam tempoh study week kerana bagi saya menulis merupakan satu wadah yang boleh meng...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan