Khamis, 10 Jun 2010

BERKISAR WARNA TERLUKIS DALAM KANVAS

Alhamdulillah, pada hari ini saya sudah tamat latihan industri atau disebut sebagai praktikal (attachment) di Mahkamah Kota Bharu. Ini bermakna saya sudah tidak perlu berpakaian berwarna ‘black and white’ beserta ‘blazer’ pada setiap hari yang mendatang.



Banyak pengalaman yang dapat saya kutip sepanjang tempoh praktikal berlangsung. Bermula daripada pengalaman mendengar perbicaraan dalam mahkamah sehinggalah mendengar keputusan perbicaraan. Selain itu, saya juga memperoleh banyak hal yang dapat saya jadikan ajaran dan sempadan dalam hidup saya contohnya dalam aspek persahabatan dan hubungan sesama pekerja lain.


Sebenarnya, saya ada satu perkongsian yang ingin saya kongsikan bersama pembaca . Perkongsian yang mendukacitakan hati saya dan mungkin juga mendukacitakan hati para pembaca. Di sini, saya hanya ingin memberikan persoalan sahaja dan bukan ingin mengulang cerita kembali tersebut dan biarlah saya rahsiakan cerita itu.


Saya terkejut apabila gejala sosial yang berhubung dengan perhubungan antara lelaki dan perempuan semakin meningkat dan runcing. Ini bukan sahaja timbul dalam kalangan muda mudi yang berpeleseran atau yang kurang bijak pandai. Tetapi, kebanyakan muda mudi yang berada di universiti-universiti tempatan;yang dikenali sebagai mereka yang bijak pandai juga memberikan sumbangan ‘hebat’ dalam peningkatan kebejatan gejala sosial. Seperti tidak mengapa seorang perempuan balik ke kampung dengan bertemankan lelaki ajnabi (kawan). Seperti sudah dibiasakan apabila teman lelaki membelikan tiket kapal terbang untuk berjumpa dengan buah hatinya. Apakah mereka tidak pernah untuk berfikir impak atau implikasi daripada pergaulan antara lelaki dan perempuan yang tidak berlandaskan syara’? sudah pasti, apabila berlakunya sesuatu yang berlandaskan syahwat, akan lahir bayi-bayi yang tidak diingini lahir ke dunia lalu berlakulah pembunuhan bayi-bayi yang tidak berdosa. Inilah yang telah berlaku di mata kita sehari-hari. Masih adakah yang membutakan dan memekakkan telinga untuk mendengar kebenaran dek kerana ingin memenuhi tuntutan nafsu?.


Inilah apa yang berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini. Mungkin, ini hanyalah
picisan bagi kebejatan gejala sosial yang melanda di Malaysia. Mungkin banyak lagi masalah kebejatan gejala soaial yang belum dirungkai satu persatu.


Justeru, para mahasiswa dan mahasiswilah yang perlu bangkit menentang kebejatan gejala sosial kerana kebanyakan masalah yang timbul datangnya daripada kalangan mereka yang cerdik pandai.


* doakan adik saya izzat dapat mengerjakan umrah dengan selamatnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Click to view my Personality Profile page

helaian yang dilihat

jalan-jalan dari