Sabtu, 5 Jun 2010

BIARKAN JEJARIKU MENULIS UNTUKMU DAN DIRINYA


“Kata orang, tak kenal maka tak cinta
Kataku, cinta hadirnya seperti angin yang menyentuh, tidak semestinya harus kenal baru cinta”



Assalamualaikum dan salam ukuwwah fillah

Bismillahirrahmanirrahim. Dengan namaMu Tuhan yang Pemurah lagi Maha Pengasih


Izinkan diriku berbicara sepi tanpa suara, berilah kesempatan kepada waktumu untuk membaca warkah ini.





Kini musim bunga telah pergi menjauh

Bergantilah musim luruh di bumi Mediterranian

Musim luruh adalah musim penterjemah
Segala emosi dalam hati
Lalu aku luruhkan rasa hatiku
Dalam helaian warkah


Di dalam helaian ini ingin aku berterus terang denganmu. Bukan meminta cinta, tetapi melepaskan cinta yang ada. Biarlah aku menjadi seperti seorang wanita yang tidak berani mengungkapkan rasa cintanya terhadap Ibnu Hazm. Dan setelah beberapa lama ketikanya, dia baru berani untuk mengungkapnnya. Lalu Ibnu Hazm menyambut perbicaraan wanita tersebut dengan rangkap syair yang memilukan:

Kau berpaling muka kala bisa katakan cinta.
Kala kesempatan tiada, baru kau ungkapkan rasa.
Kau katakan kala ku tak lagi memerlukan.
Kenapa tak sedari dulu, saat masih terbuka kesempatan.



Saudara,

Biarkan jejariku memanifestasikan segala rasa warna di hatiku.

Di sana merupakan suatu tempat yang permaidani dibentang luas bagi mereka yang memerhati. Di sana, dahi-dahi para hamba sentiasa sujud dan kepala-kepala para faqir ruku’ bersama. Bersimpuh berselawat kepada rasulullah. Menadah tangan berdoa; sunnah alam bagi setiap hamba. Di sanalah Surau Habibah. Di sanalah, pertama kali ku dengar suaramu tanpa melihatmu. Di sanalah kumengambil segala butir bicaramu menjadi pengajaran di hari-hari hidupku di sini;dataran ilmu.



Aku masih ingat, di saat pertama kali dirimu menjadi pentazkirah disana, engkau memperkenalkan dirimu kepada para jemaah surau.

“ .... saya Adam Daniel. Mungkin pelajar baharu di sini tidak berapa mengenali saya. Di UDM ini saya memegang jawatan sebagai EXCO Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam......”


Lalu dirimu memberi santapan rohani berbaur jenaka kepada hadirin jemaah. Sungguh, dirimu telah diberikan bakat oleh Allah dalam menyampaikan tazkirah atau ceramah. Tiada cacat cela di waktu engkau memberikan tazkirah.


Sebelum berakhir, dirimu mengalu-alukan segala komentar atau cadangan kepadamu berkenaan dakwah di UDM. Lalu engkau mengeja nombor telefon bimbitmu kepada para jemaah.Ketika itu, aku tidak menyalin nombot terlefonmu.


Selang beberapa hari, aku berasa aku harus menghubungimu. Tetapi bukan kerana perasaan atau sesuatu yang sama dengannya. Ya, aku harus menghubungimu kerana aku lihat di bumi pengajian ini telah diselaputi noda-noda hitam; tidak kira daripada aspek pergaulan antara perempuan dan lelaki ajnabi sehinggalah pemakaian mereka. Engkau sebagai seseorang yang memiliki jawatan di sini seharusnya punya kuasa untuk mencegahnya.


Namun, nombormu tidak aku salin. Hendak bertanya kepada muslimat lain aku malu. Nanti dikatakan hal-hal yang tidak diingini. Dengan izin Allah, aku terlihat nombor telefonmu lalu kusimpan dalam telefon bimbitku. Dan kutekan punat telefon dengan lafaz basmalah

“ salam. Maaf menganggu. Saya Aisya Kisra pelajar tahun 1. Di sini saya hanya ingin memberi cadangan kepada saudara agar mengadakan ceramah mengenai ‘couple’ yang agak berleluasa di sini. Salam.”

Lalu kutekan punat hantar kepada nombormu.


Selang beberapa jam, engkau membalasnya dengan balasan ‘sms’ yang cukup ringkas.
Pada malam harinya, engkau memberi tazkirah di Surah Habibah mengenai ‘couple’. Sebelum engaku meneruskan tazkirah, engkau memberitahu para jemaah bahawa ada seseorang yang menghubungimu agar diadakan ceramah mengenai ‘couple’.
Dalam hatiku, suatu suara berkata-kata dan akal mengia-iyakan:

“ inilah daie’ yang dinanti-nantikan. Setiap apa yang dibicarakan lalu ditunaikan tanggungjawabnya”.



bersambung...InsyaAllah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Click to view my Personality Profile page

helaian yang dilihat

jalan-jalan dari