Rabu, 16 Jun 2010

Khusus untuk mereka yang Bernama Mahasiswa!

assalamualaikum!

Saya sudah letih untuk melihat kepincangan sosial yang berlaku di kampus termasuklah di kampus tempat saya belajar. Di sana seperti ada dilema tanggungjawab antara mahasiswa pengajian Islam dan bukan pengajian Islam. Ada diantara mereka saling menyalahkan diri antara satu sama lain.


Inilah antara situasi yang saya dapat gambarkan di tempat saya belajar
“ Kebanyakan Mahasiswa Pengajian Islam menyalahkan kebanyakan mahasiswa Bukan Pengajian Islam kerana tidak mengerti mengenai Islam syumul dan bukannya sekular.

Manakala

Kebanyakan Mahasiswa Bukan Pengajian Islam pula mengatakan bahawa kebanyakan Mahasiswa Pengajian Islam tidak cakna mengenai apa yang mereka pelajari mengenai Islam “

Itulah kebanyakan yang saya dengar daripada mulut-mulut dua golongan mahasiswa. Mereka saling menyalahkan antara satu sama lain bukan untuk saling memperbaiki.


KHUSUS UNTUK MAHASISWA BUKAN PENGAJIAN ISLAM


Sebenarnya dan sesungguhnya Islam adalah agama yang syumul yang diturunkan kepada seluruh manusia tidak kira warna kulit, negeri kelahiran atau bidang pengajian pun. Inilah konsep yang perlu diperjelaskan dan diperhalusi oleh setiap manusia khususnya para mahasiswa. Andai konsep ini diperjelaskan secara ditir nescaya tidak ada lagi ‘sesi untuk saling menyalahkan’. Bahkan dua golongan ini akan berpadu mencari jalan untuk mengatasi masalah kegawatan sosial dalam kalangan para mahasiswa.


Ayuh, lengkapkan diri dengan pengisian agama dalam dada walaupun anda bukanlah mahasiswa Pengajian Islam. Letakkan “ amar ma’ruf dan nahi mungkar” dalam diri sendiri. Usah segan atau angkuh untuk mempelajari agama.


Bagi saya, mahasiswa bukan penjajian Islam yang mendalami agama dengan pelbagai metod adalah antara mereka yang beruntung. Bak kata orang 2 in 1. Mereka dapat pelajaran duniawi tanpa meremehkan ukhrawi. Dalam waktu yang sama mereka dapat berkhutbah dan juga menjadi seorang yang profesional. Sungguh hebat bukan? Contohnya, pada waktu siang, A( peguam) dapat membela kliennya dan pada waktu malam dai juga dapat memberi ceramah di masjid.


Sesungguhnya saya sangat ‘respect’ akan seseorang yang berpengetahuan dalam akademik dan juga agama.


KHUSUS UNTUK MAHASISWA PENGAJIAN ISLAM


Sesunggunhya manusia yang berasal dari Adam tidak terlepas daripada melakukan kesalahan. Tidak ada manusia yang tidak pernah melakukan dosa melainkan para nabi dan rasul.


Namun, sebagai manusia biasa kita dapat bertaubat apabila telah melakukan dosa.
Mahasiswa Pengajian Islam seharusnya lebih berhati-hati dalam perbuatan dan percakapan. Ya, benar Mahasiswa Pengajian Islam juga manusia biasa yang sering melakukan kesalahan tetapi anda adalah model bagi Mahasiwa Bukan Pengajian Islam.
Anda sepatutnya bersyukur kepada Illahi kerana meletakkan diri kalian di tempat yang mulia. Anda mempelajari kita-kitab muktabar, ayat-ayat quran menjadi hafalan dan banyak lagi kelebihan yang anda perolehi. Walaupun begitu, sudah satu kebiasaan jika ‘ahli agama’ mempunyai cabaran-cabaran yang sukar ditempuhi. Dan ‘ sifat-sifat berhati-hati ’ dalam aspek perbuatan atau sosial itu adalah cabaran cabarannya untuk mengelakkan daripada fitnah manusia lain yang tidak mendalami Islam.


Tuntasnya, anda sebagai mahasiswa yang mempelajari dan mendalami agama seharusnya tidak mengikut arus dunia tetapi anda seharusnya berjuang dalam menentang arus. Benar, bukan mudah untuk menentang arus tetapi jika menentang arus itu membuah kemaslahatan kepada agama dan umat Islam anda harus bangkit.

1 ulasan:

helaian yang dilihat

jalan-jalan dari