Jumaat, 6 Ogos 2010

KINI AKU HARUS BERTERUS TERANG!

Assalamualaikum!
Bismillahirrahmanirrahim

"Setitis tinta bisa merubah pelangi dini hari"


Lorong ini telah dipilih
Takkan kuundur lagi
Sekencang mana badai melanda
Kukuatkan prinsip itu dalam dada



Sesungguhnya, setiap insan seharusnya berprinsip atau berpendirian dalam setiap perkara. Bermula daripada soal muamalat, berikhtilat atau sebagainya. Dan salah satunya ialah selalu menjadikan syariat Islam yang tertinggi walau apapaun cabaran mendatang. Saya khususkan perbincangan ini kepada para mahasiswa islam tetapi bukan aliran pengajian Islam.



Di sini saya bukan ingin membuat sangkaan yang tidak baik kepada mahasiswa bukan pengajian Islam. Sesungguhnya tidak sama sekali! Malah,saya juga datang dari jurusan berlatarkan bukan pengajian Islam. Mungkin pendapat yang saya ingin utarakan ini hanyalah berpandukan penelitian saya terhadap ‘mereka’ yang berada di kampus tempat saya belajar sahaja.



Kebanyakan daripada mereka( mahasiswa bukan pengajian Islam) lebih condong kepada duniawi semata-mata. Mereka meletakkan tanggungjawab untuk meninggikan syariat hanya kepada mahasiwa pengajian Islam. Mengapa begitu? Mengapakah perlu ada perkataan sekularisme dalam hati? Mengapakah mengasingkan perkara agama dan dunia?



Saya akui, kadang-kadang ada yang berjilbab labuh, berjubah, berkopiah adalah mereka yang berpengajian bukan Islam. Tetapi, sedikit rasa gusar dalam hati kerana melihat teman-teman yang dahulunya berjilbab labuh tetapi semakin singkat labuhnya; yang dahulunya berkopiah tetapi sekarang rambutnya sudah mula berfesyen. Rasa gusar ini bertandang kerana melihat situasi sekarang ‘bukan yang baik mempengaruhi tetapi dipengaruhi oleh anasir yang tidak baik’. Sedih sama sekali. Semoga Allah tuntun hati saya untuk terus bersemangat dalam melaksanakan syariat yang ditetapkan oleh-Nya.


Pesan saya: sahabat, saya juga seorang insan yang mempunyai naluri ( remaja). Tetapi, jangan biarkan kerana mengikut nafsu, Allah kita lepaskan. Jangan! Jangan sahabat! Buktikan bahawa kita yang berada di dalam fakulti yang bukan pengajian Islam ini bisa merubah sistem dunia barat kepada sistem islam. Andai, yang berada dalam fakulti undang-undang, ayuh kita buktikan bahawa undang-undang tidak bisa dilaksanakan dengan baik di Negara tanpa kita berpegang pada undang-undang Islam.



Berbalik pula kepada persoalan sekularisme. Saya perhatikan kebanyakan persatuan fakulti ( bukan pengajian Islam) akan mengadakan majlis tahlil dan bacaan yassin hanyalah kerana ada kematian. Dan apabila mengadakan majlis ‘annual dinner’ mereka sudah lupa untuk menutup aurat, tidak segan silu mempertontonkan budaya barat yang kolot ( tidak mencerminkan kesusilaan). Inilah dikatakan mengasingkan agama daripada perkara dunia. Mengapakah tidak boleh mengadakan sesuatu seperti sukan tetapi ada syarat-syarat yang ditetapkan yang sudah digarisi oleh syariat Islam?



Hiba dalam hati
Lagi duka bersarang
Bertaut dalam jiwa
Tiada yang memahami
Tiada yang mahu
Semuanya kerana nafsu



Beginilah keadaan kebanyakan persatuan dan mahasiswa bukan pengajian Islam . hanya ‘seseorang’ yang pernah berada dalam sarang sahaja yang dapat mengetahui betapa getirnya berada dalam di sana. Banyak cabaran untuk seseorang yang berlatarkan pendidikan agama di sekolah menengah tetapi mengambil jurusan berbeza di kampus. Tuntasnya, pegang prinsip kuat-kuat seperti bermain tarrik tali. Jangan biarkan ia terlepas walau sekali.


Tolonglah! Tolong!
Sakit ini sudah tidak terperi
Luka sudah berparut
Tolonglah!tolong!
Bantulah kami
Yang berada di sana(dalam pengajian bukan pengajian Islam)
Untuk sabbit hati kami
Di atas landasan agama.

1 ulasan:

  1. Banyakkan berdoa kepada Allah kerana doa itu senjata orang mukmin...Jah doa akak sentiasa kuat dalam menghadapi ujian yang hanya sedikit yang dihadirkan oleh Allah...serahkan segalanya kpd yg maha Esa..

    BalasPadam

Click to view my Personality Profile page

helaian yang dilihat

jalan-jalan dari